Sunday 20 November 2011

Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri Saringan ZON BORNEO



Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,

Rehat Dulu, Seharian Program Di Pwtc...Esok Pagi Kan Ke Kota Kinabalu Sabah, Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri Saringan ZON BORNEO, Jumpa Di Sana Rakan2 Pemuda Dan Peserta2 Esok..All The Best...BN PILIHAN ORANG MUDA..



Diijemput keMajlis Makan Malam/Perasmian Pertandingan Pidato Politik Zon Borneo esok 21/11 jam 8pm diBeverly Hotel,Kota Kinabalu, Sabah.Kalau ada lagi Pemidato yg ingin jadi peserta sila hantar nama penuh, no ic, no hp dan alamat. Terbuka pada wargenegara lelaki atau wanita bawah 40 tahun.

Kita start saringan jam 5pm. Hadiah Final:
1st 5,000
2nd 3,000
3rd 1,000

Saguhati 5 Pemenang Zon Sabah RM200 dan Piala Iringan.
Sila layari www.pidatopemudaBN.blogspot.com



Format Pertandingan

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian di peringkat akhir. Setiap peserta akan bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Tema pertandingan pidato ini ialah “SUARA GENERASI 1 MALAYSIA”

Bahagian Pertama

Pemidato akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan terlebih dahulu.

Bahagian Kedua

Pemidato akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas skop bebas yang akan dikemukakan oleh Hakim (Bahagian Kedua Untuk Peserta Akhir Sahaja). Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama

Syarat-syarat Berpidato

Pemidato diberi masa 7 minit untuk menyampaikan pidato mereka.

Loceng akan dibunyikan sekali, satu minit sebelum tamat, dan dua kali bila tamat.

Sebarang penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak dipertimbangkan untuk pemberian markah.

Pemidato yang membaca nota atau teks semasa berpidato akan dipotong markah persembahan.

Kritikan terhadap isu-isu yang sensitif berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang sama sekali.

Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang.

Pengerusi Pertandingan berhak menegur pemidato-pemidato yang melanggar peraturan-peraturan di atas.

Pemilihan Tajuk.

Bahagian A.

Pemidato hendaklah memilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini :

TAJUK PIDATO
PERTANDINGAN PIDATO POLITIK
PIALA PERDANA MENTERI

1. Muafakat Bangsa, Negara Terbela
2. Budaya Bangsa Malaysia, Mekanisme Perpaduan
3. Petunjuk Prestasi Utama Teras Kecemerlangan Kepimpinan Negara
4. Sejauh mana GTP, PTP Dan ETP dirasai rakyat?
5. Hak Asasi Manusia Teras Keharmonian Sejagat
6. Penghayatan Rukunegara Penentu Kecemerlangan Malaysia
7. 1 Malaysia Kunci Kesejahteraan Negara.
8. Budget 2012 – Siapa Yang Tidak Realistik?
9. Perlembagaan : Pusaka yang Perlu dijaga
10. Budaya Memfitnah, Trend Politik Masa kini?
11. Beza Berpolitik Untuk Kukuh Agama Dengan Guna Agama Untuk Kukuhkan
Politik
12. Hak Asasi Manusia Teras Keharmonian Sejagat
13. Perang: “Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu”
14. Hudud – Di antara Tuntutan Syarak Dan Modal Politik
15. Anak Muda Kini Hanya Berfikir Soal Ekonomi Diri?
16. FELDA – Pengusaha Ladang Terbaik Atau Pengusaha Yang Muflis?
17. Warisan Seni dan Budaya, Tunjang Kecemerlangan Sejagat
18. Adakah Dunia Tanpa Semapadan Pemacu Kegemilangan?
19. Mampukah Malaysia Mencapai Taraf Negara Maju?
20. Kecemerlangan Pendidikan Perlu Dikongsi Bersama
21. ISA – Antara Menjaga Keamanaan Dan Hak Asasi Individu
22. Perubahan Demi Kebaikan Dan Perubahan Demi Kuasa, Apa bezanya?
23. Perpaduan UMNO-PAS, Apa faedahnya?
24. Keadilan Ekonomi, Teras Keamanan Negara
25. Kepimpinan Berintegriti, Bangsa Bermaruah
26. Komunis - Pejuang atau Petualang?
27. Wajarkah Demonstrasi Menjadi Tunjang Demokrasi?
28. Kebejatan Moral Pemimpin Mempengaruhi Rakyat
29. Antara Mendapat Segulung Ijazah dan Berpolitik di Universiti, mampukah
ia seiring?
30. Sebarang Tajuk Yang Peserta Pilih Dan Diluluskan Penganjur

Peraturan Pemarkahan

i) Isi ( 35 markah )

Pemidato akan diadili dari segi pengutaraan 3 isi yang bernas, data-data dan bahan-bahan yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya.

ii) Bahasa ( 25 markah )

Pemidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku ( struktur dan sebutan ), gaya bahasa yang berkesan, dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

iii) Gaya ( 25 markah )

Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, menunjukkan gaya yang menarik dan persembahan susunan isi yang tertib. Pemidato akan dipotong 5 markah maksimum jika isi pidatonya mengandungi kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti politik, agama, bangsa, kebudayaan dan peribadi, serta menunjukkan perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan.

iv) Adab (10 markah)
Adab ini akan dinilai berdasarkan kepada kesopanan pemidato.

*Bonus (5 markah), bergantung kepada hakim.

Pembahagian Markah Pidato Bahagian B (Untuk Peringkat Kebangsaan)

i) Isi (40 markah)
ii) Huraian isi (30 markah)
iii) Contoh (30 markah)

*Pemidato juga akan dinilai dari aspek kelancaran berhujah dan kebernasan idea yang disampaikan.

INGIN MENCUBA?


HANYA SMS NAMA PENUH, NO HP, NO IC DAN ALAMAT PENUH KE :


1. LOKMAN ADAM
HP 0123320000
BB PIN 280BF393
TWITTER @LokmanAdam
FB Lokman Adam II


2. MOHD FITRI

HP 0122306304
BB PIN 2173944D
TWITTER @Mohamad_Fitri
FB Mohamad Fitri


3. ARMAN AZHA

HP 0122277266
BB PIN 2700149D
TWITTER @Armand_PJU
FB Armand Azha

4. ZAIDEL BAHARUDDIN
HP 0192220145
BB PIN 2312BF05
TWITTER @Sinatra_Z
FB Sinatra_Z


Jumpa Disana. BN PILIHAN ORG MUDA

No comments:

Post a Comment